Lazada Malaysia

Wednesday, 29 July 2015

FREE POSTAGE UNTUK READY STOCK INI

FREE POSTAGE UNTUK SET READY STOCK INI

♫♫♫ READY STOCK ! READY STOCK ! ♫♫♫
Kami bagi FREE POSTAGE tau !!!
DESIGN MICKEY IS BACK!! Yeayyy!!!

Set Tilam KEKABU Bayi | RM160 JE
° 1 tilam (28 in*38 in)
° 1 pillow
° 1 newborn pillow
° 2 bolsters
Sarung boleh buka & basuh

Nak set ni ??? Boleh tempah / tanya :
WHATSAPP : 013-6361638
IG : bantal_geboo_shoppe

Tuesday, 28 July 2015

PROMOSI SPECIAL LEPAS RAYA !!!



Haa, meh-meh tengok apa yang kami TAWARKAN BERMULA HARI INI, 28/7/2015,
Sampai bila? ? ?
Sampai kami rasa puas buat PROMOSI.. YEAHHH!!!

1) Set TILAM READY STOCK - kami bagi FREE POSTAGE 

2) Set TERLAJAK LARIS (BARUT + BEDUNG + TUAM BAYI ) - RM65 PER SET - ni pun kami bagi FREE POSTAGE !

3) PILIHAN-PILIHAN KAIN YANG SUPER OHSEMMM  untuk tempahan SET TILAM / SET COMFORTER 

Dan banyak lagi tawaran menarik-
Antaranya : Bagi pembelian bernilai RM300 KE ATAS , ANDA berpeluang menerima #CASHBACK RMXX sebagai #DUITRAYA daripada kami YEAYY! :D

Nak tunggu apa lagi kan ...
CEPAT-CEPAT WHATSAPP SEKARANG UNTUK ORDER @ TANYA >>>  013-6361638 

FB : D'White Rose Shoppe
IG : bantal_geboo_shoppe

Sunday, 12 July 2015

How Do I Toilet Train My Little Princess

Good day everyone.

The tittle today is about 'toilet train/potty train'.
Some people around me were asking on how do I 'potty train' my little princess?


Almaklumlah, kos sara hidup sekarang ni bukan nya murah. Nak beli disposable diaper, fuuhh..mahal jgk lah kan.. then bila pakai baru 5min, tup2 si anak poo poo pulak dalam tu, terjuling jugak lah biji mata mak ni nak oii..



Ouh, but CAUTION ya, apa yang saya kongsikan ni hanyalah pengalaman saya sahaja ya, anak pun sorang ni je, so inilah satu2nya pengalaman yg saya ada.
Ianya mungkin bersesuaian dengan anda dan mungkin juga tidak.
Saya juga ada membuat research dan menimba ilmu serta pengalaman ibu2 lain di seluruh dunia melalui pembacaan di internet. Jadi, anda juga jangan malas membaca ye!



Okay, let's get started!

Saya start toilet train dia sejak berumur around 2thn 3 bln gitu. Masa tu bulan puasa tahun lepas, saya masih bekerja, tapi kebetulan masa tu cuti sekolah 1bulan lbih kurang. Saya tak hantar anak ke rumah pengasuh, so senang sikit nak train sendiri. Anda bertuah kalau dapat pengasuh yg nak sama2 berusaha utk 'diaper free'kan anak anda, tapi pengasuh anak saya tak ye..huhuu, maka saya usaha lah sendiri.



Kenapa start pada usia ni? First, sebab saya nak weaning off dulu masa umo dia 2 tahun. settlekan one by one. Bila dah settle yg tu, baru buat training yg lain pulak..
Yg kedua, semasa umur around 2 tahun ni, bg kanak2 yg normal, mereka sudah dapat memahami arahan, serta sudah pandai berbicara a.k.a memberitahu kita tentang sesuatu perkara. Means kalau nak buang air tu, dia patutnya dah tahu nak cakap. Tapi semua tu haruslah ada prosesnya, iaitu training. Kita yg dewasa ni pun, nak sesuatu benda yg baru, mestilah memerlukan training, ye dok?
Ada perkara yg kita boleh catch-up cepat, ada yg bertahun training pun belum berjaya. Cthnya macam saya, berapa kali jahit baju kurung pun ada saja yg xkena huhuu. Begitu juga lah dgn toilet train ni, setiap anak ada perbezaannya.


Sebagai langkah permulaan, saya cari gajet dulu. Apa gajet yg saya beli utk toilet train ni?
1) Toilet training pants (xingat beli kat mana, tapi mostly kedai baby ada jual).
I just bought 2pcs only, nak try je, tp rajin2 lah basuh ye. Kalau ada duit lebih, boleh lah beli lebih sikit.
2) Potty seat. Ni i beli kat GM Klang je, murah, RM25 kot if not mistaken.
3) Water proof bedsheet.

Training pants tu for me, sangat membantu. Tapi, potty seat tu sampai sekarang pun xpakai, jadi tukun jer huhuu.



Pastu? Haa pastu start lah jgn pakaikan diaper pd anak anda. Di samping tu, penerangan yg berulang kali haruslah diberikan pd anak anda ye. Jangan lah ko bukak je diaper tu pastu biar je, mmg lah dia akan terkencing terberak kt ctu keh3.


Maka, kita kenalah selalu tanya anak tu samada nk buang air ke tak. As for me, rasanya setiap setengah jam saya akan tanya, dan kalau macam ternampak ala-ala dia pegang kat tempat tuuut tu, better lah terus bawak ke toilet.
Nama pun anak kecil, walaupun dah diterangkan berkali2, namun proses terkucil di dalan seluar memang akan sentiasa berlaku. Dalam keadaan ini, mak2 n ayah2 haruslah BERSABAR tahap dewa punye. Diakui, memang saya sendiri sangat kurang sifat sabarnye, yelah..g kencing kat kain2 yg tgh dok jahit tu, sape tak mengamuk cik ooii huwaaa!!!

Masa permulaan training, time malam bolehlah pakaikan diaper, maybe dalam seminggu ke. Then lepas anak dah biasa sikit, xyah lah pakaikan diaper. Gunakan cadar kalis air tu sbg langkah berhati2. Lepas tu make sure sebelum tidur, bawak anak ke tandas. Then tengah2 malam tu mak or ayah kenalah rajin bangun dan bawak anak ke tandas. Kalau kejut dia xbangun, memang saya akan dukung dan letak kat tandas. Berkorban lah sikit ye, xlama pun proses ni. Lama kelamaan, anak tu akan terbiasa dan akan bangun sendiri utk ke tandas.
Dengar macam mudah kan, tapi in my case, beberapa kali jgk lah baju mama n ayah ni basah tgh2 malam, maka bangunlah dengan mengantuk2 mandi n tukar baju...sob..sob..sob


Masa keluar berjalan2 pulak, or g mane2 dalam tempoh yg lama, sama jugak. Permulaan tu bolehlah pakaikan diaper, tp sampai bila nak terus pakai kan.. bila dah start tak pakai tu, bila kuar berjalan2, mak2 and ayah2 ni janganlah leka, teruskan bertanya samada anak tu nak ke tandas atau tak.
Pengalaman saya, kadang2 tu sampai 2-3kali bawak ke tandas tapi xkencing2 pun.. sakit jugak ler hati ni nak oii.. tapi ku pasrahkan lah jua.

Rasanya tu je lah kot apa yg kami buat. Yang penting selalu terangkan pada anak, bertanya samada nak kencing/berak, dan paling utama, sabar. Konsisten tu juga penting ye, jangan sekejap buat sekejap xbuat, pening budak tu nanti. Dan bila anak tu menunjukkan sedikit kemajuan, boleh lah reward dia dengan benda2 yg dia suka. nih jugak penting sebagai motivasi pada mereka.


Insyaallah jika dilakukan berterusan dan secara konsisten, proses toilet train ni xakan ambil masa yg lama, depends pada kebolehan anak2 tu sendiri. Ada yg 3hari, seminggu, berbulan2.

As for me, it takes around 1month tp masih ada sikit2 terkucil. After 2months tu memang dah fully settled, langsung xpakai diaper and dah xde kencing kat tempat tido. Tgh malam, dia akan bangun sendiri utk ke tandas. Alhamdulillah.


Bila dah settle proses ni, maka bolehlah kita semua menjalani kehidupan dengan lebih selesa. Nak balik kampung atau kemana2 pun xyah lah mengangkut mengheret beg plastik diaper tu lagi..haa best kan. Dan yang paling penting jimat duit lah, xyah berpusu-pusu ke pasaraya time sale utk beli diaper murah. Lagi satu, mudah utk anak2 bergaya, xde kembung2 lg kat bontot tu bila mengenakan pakaian, comey wehh.. pastu boleh lah beli panties yg berwarna warni utk anak2 gayakan bersama pakaian mereka. utk girl mcm anak i ni ape lagi, off course la panties dia dipenuhi dgn corak2 disney princess and frozen character..heh2


Satu lagi, mak2 and ayah2, please do not underestimate our kids. Kita kena yakin, yg anak2 ni bila diajar sesuatu perkara, mereka akan cepat menerima. Anak2 berumur dua tahun ni memang masa yg tepat utk diaper free. Mereka dah boleh faham banyak perkara, dan kita sebagai parents ni kenalah memainkan peranan dlm hal ni.

Ni ayat yg selalu kita dengar, "alaahh kecik lagi tu, biarlah dia pakai lampin", "hmmm..malaslah aku nak train2 ni, nanti dah besar pandai2 la dia xpakai lampin tu". Di mana peranan kita sebagai parents, yg ditugaskan utk mendidik anak2? Korang xrasa best ke kalau org puji anak2 korang? "Waahh...baru 2thun dh xpakai lampin?" Haa kembang hidung kan... malah anak tu akan nampak lebih matang and berdikari.


Orait, sekadar itu sahaja lah perkongsian saya, semoga bermanfaat buat semua. Yang mana bersesuaian tu bolehlah dijadikan pedoman, mana yg xsesuai tu boleh diabaikan.


Salam Ramadhan, selamat berhujung minggu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...