Lazada Malaysia

Friday, 20 November 2015

Nak Bawa Apa Ke Hospital ?

Checklist barang yang nak dibawa ke hospital sebelum bersalin

Share Is Caring ~~ Hopefully it would be helpful, especially untuk yang first time mommy  :)



Sebelum ke hospital tu, barang yang PALING PENTING SEKALI >>>
✔IC/ Kad pengenalan
✔Buku Merah @ Buku Rekod Check Up di Klinik Kesihatan
✔Guarantee Letter (GL) bagi yg berkaitan
✔Handphone - memudahkan communication semasa di wad/labor

Keperluan Ibu Di Wad
1) Kain batik – 2 helai
2) Tuala – sehelai
3) Toiletries – berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, shampoo. (Beli yang travel kit) Mudah dibawa.
4) Maternity pad – 12 pcs
5) Baju – Sepasang
Untuk dipakai sewaktu keluar wad. Nak balik rumah dah.
6) Tudung – Sehelai
Bawa tudung paling mudah dipakai dalam wad. Sebab kalau hospital kerajaan, memang duduk ramai-ramai. Orang lelaki keluar masuk.
7) Biskut atau roti – Kalau lapar, kita boleh makan terus. Tak perlu nak beli dah.
8) Air zamzam , kalau takda air suam pun ok. Kita perlukan banyak air. Sediakan di tepi katil.
9) Stokin dan baju sejuk – 1 pasang
10) Pakaian dalam – bawa utk 2 hari
11) Buku merah – Buku ni macam passport anda ye. Bawa ke mana-mana sahaja anda pergi. Nak ke hospital lagilah kena bawa.
12) Plastik besar – Untuk letak baju-baju kotor

Keperluan Bayi Di Wad
1) Baju lengan pendek – 3 pasang
2) Baju lengan panjang – 1 helai
3) Kain lampin – 5 helai
4) Tuala – 1 helai
5) Bedung – 1 helai
6) Nappy – 10pcs
7) Mitten dan booties – 3 set

Keperluan Ibu ke Labour Room
1) Hanya bawa kandungan anda. Baju nanti akan ditukar nurse selepas bersalin. Pakai baju hospital ye.

Keperluan Bayi ke Labour Room
1) Kain bedung
2) Baju lengan panjang – Labour room sejuk oooo…
3) Nappy – 1
4) Mitten and booties – 1 set

Tu je nak share hari ni, hope mommy will be prepared lah ye untuk bersalin nanti. :)


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...